PENGENALAN

Sekolah rendah merupakan institusi pendidikan awal yang akan mencorak manusia pada masa hadapan. Justeru, perjalanan institusi pendidikan ini perlu dijalankan dengan penuh hati-hati dan bertanggungjawab bagi melahirkan manusia yang nanti boleh menyumbang kepada tamadun manusia dan menepati matlamat penciptaan manusia oleh Allah Subhanahu wa Taala.

Atas kesedaran inilah ‘SEKOLAH RENDAH INTEGRASI TERAS ISLAM ABDUL SAMAD GUL RANTAU PANJANG’ ditubuhkan.

SEKOLAH RENDAH INTEGRASI TERAS ISLAM atau ringkasnya SRITI merupakan institusi pendidikan Islam peringkat rendah yang menyediakan pendidikan bersepadu menggabungkan empat kurikulum utama iaitu Tahfiz Al- Quran & As-Sunnah (TQS), KAFFAH, KAFA dan Akademik (KSSR).

Penubuhan SRITI SAMAD GUL RANTAU PANJANG ini tidak bermatlamatkan keuntungan semata-mata, tetapi sebagai satu khidmat kepada masyarakat Islam bagi meneruskan agenda mengembangkan penghayatan Islam Khususnya di bidang pendidikan Islam bagi anak-anak Islam.

Moto

Membina Generasi Rabbani Murabbi

Visi

Membina Generasi Soleh Pintar
Rabbani dan Murabbi

Misi

Memberikan Pendidikan Peringkat Rendah Berasaskan Kurikulum Integrasi Meliputi Tahfiz, Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah Melalui Persekitaran Yang Kondusif

OBJEKTIF